Kategori Ejen
a. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, anda boleh menjadi ejen jualan kami. Walau bagaimanapun terdapat 3 kategori ejen iaitu sebagai :
i) Individu (Berasaskan Komisyen)
ii) Reseller/Pekedai (Berasaskan Komisyen)
iii) Dealer (Berasaskan Keuntungan)
Ketiga-tiga ketegori ejen akan menikmati komisyen/faedah yang berlainan.
Jadual Komisyen
i. Ejen Individu (Berasaskan Komisyen)
Bilangan Unit Terjual /Bulan | Komisyen Per Unit (RM) |
1 – 5 | 50 |
6 – 10 | 75 |
Lebih drp 10 | 85 |
ii. Ejen Reseller/Pekedai (Berasaskan Komisyen)
Bilangan Unit Terjual /Bulan | Komisyen Per Unit (RM) |
1 atau Lebih | 100 |
iii. Ejen Dealer (Berasaskan Keuntungan)
a. Sila rujuk di Bahagian Daftar Sebagai Dealer.
Bagi ketiga-tiga kategori, anda adalah Bebas dan BUKAN pekerja Nova Technologies. Syarikat Tidak bertanggung-jawab di atas sebarang tindakan atau janji-janji yang anda buat dengan klien selain daripada apa yang pihak syarikat telah persetujui.
Daftar Sebagai Ejen Individu / Reseller/Pekedai (Berasaskan Komisyen)
Syarat-syarat:
a. Bagi permohonan menjadi Ejen Individu atau Ejen Reseller/Pekedai perlu membuka Akaun dan Fee Pengurusan sebanyak RM50 akan dikenakan. Syarikat akan membekalkan Ejen dengan perkara-perkara berikut:
i. Brosur 100 keping.
ii. Rujukan Laman Web untuk tujuan aktiviti promosi.
iii. Penyenaraian Ejen di Laman Web NOVA Technologies.
b. Ejen bertanggungjawab untuk Mempromosi & Menjual produk eBook TC-09 mengguna bahan-bahan promosi (seperti Brosur, Banner, Banting, Iklan, PPoint Presentation, Laman Web dll yang disediakan oleh pihak syarikat).
c. Ejen hanya bertindak sebagai Promoter & mengambil Tempahan daripada klien mengguna borang yang disediakan.
Ejen TIDAK dibenarkan mengambil sebarang Deposit /Wang Pendahuluan daripada klien. Tindakan susulan akan dilakukan oleh pihak Nova Technologies.
d. Penghantaran pesanan/tempahan akan diuruskan oleh Ejen atau Nova Technologies, di mana bersesuaian.
e. Kos penghantaran akan ditanggung oleh Nova Technologies.
f. Sebagai Ejen anda juga bertindak sebagai ‘orang hadapan’ bagi pihak syarikat untuk berhubung dengan klien. Di mana boleh, bantuan dan khidmat nasihat berkaitan eBook harus diberikan.
g. Ejen dikehendaki merekod maklumat klien dalam borang yang disediakan. Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Nova Technologies untuk tujuan rekod. Pembayaran Komisyen, Khidmat Nasihat, Keahlian Kelab dan Servis Susulan akan dibuat berpandukan rekod yang dikumpul.
h. Ejen disyorkan untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan klien masing-masing. Sebarang aduan oleh klien boleh diajukan kepada Ejen atau terus kepada Nova Technologies.
i. Ejen bertanggung jawab untuk memanjangkan aduan klien kepada pihak Nova Technologies untuk tindakan susulan.
j. Ejen diGALAKKAN membeli satu set Demo eBook Classmate PC TC-09 bagi memudahkan kerja-kerja promosi walaupun bukan satu kemestian. Jika ejen berminat, ejen boleh membeli sebuah eBook pada harga DISKAUN iaitu RM1,400 sahaja.
k. Hasil jualan setiap Ejen akan direkod & dikumpulkan setiap bulan. Bayaran komisyen jualan akan dibuat pada Minggu Pertama setiap bulan bagi jualan bulan sebelumnya.
l. Bayaran komisyen akan dibuat melalui Cek.
m. Perlantikan Ejen adalah untuk tempoh 1 Tahun dan boleh diperbaharui dengan Yuran RM30 sahaja Setahun.
n. Jika Ejen didapati TIDAK AKTIF atau TIDAK BERMINAT lagi dalam penjualan eBook, pihak syarikat berhak menamatkan perlantikan anda sebagai Ejen Jualan.
o. Jika Ejen didapati melanggar mana-mana Terma & Syarat di atas akan diberhentikan sebagai Ejen Jualan serta merta.
p. Jika bersetuju dengan Terma & Syarat di atas, sila isi borang permohonan menjadi Ejen Jualan (Individu/Reseller/Pekedai) dan hantar kepada NOVA Technologies untuk kelulusan. Keputusan permohonan akan diberitahu dalam tempoh 2 Minggu melalui email/telefon/surat.
q. Selepas kelulusan, Ejen dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM50 melalui Wang Pos & dibayar atas nama “NOVA Technologies” sebagai Fee Pengurusan. Syarikat akan mengeluarkan Surat Perlantikan Ejen berserta dengan item-item 2(a) seperti di atas.
r. Keputusan syarikat adalah muktamad.
s. Sebarang pindaan Terma & Syarat akan dibuat tanpa sebarang notis. Ejen dinasihatkan agar sentiasa merujuk ke Laman Web Nova Technologies untuk maklumat terkini.
t. Tanpa Prejudis.
Daftar Sebagai Dealer (Berasaskan Keuntungan)
Syarat-syarat:
a. Dealer perlu memohon untuk membuka Akaun dengan NOVA Technologies dengan membeli Pakej bernilai RM2,500.00.
b. Syarikat akan membekalkan:
i. 1 unit eBook Classmate PC TC-09
ii. 1 Perisian MS Windows Xp & MS Office
iii. 1 Perisian eQuran
iv. 1 Perisian eTextBook – Silibus Tahun 4, 5 & 6
v. Brosur 1,000 keping
vi. Rujukan Laman Web untuk tujuan aktiviti promosi
vii. Penyenaraian Ejen di Laman Web Nova Technologies & Link ke Laman Web
c. Dealer bertanggungjawab untuk Mempromosi & Menjual produk eBook Classmate PC TC-09 mengguna bahan-bahan promosi (seperti Brosur, Banner, Banting, Iklan, PPoint Presentation, Laman Web dll yang disediakan oleh pihak syarikat).
d. Maximum LIMA Dealer sahaja dilantik bagi SATU Bandar/Pekan bergantung kepada Saiz Bandar /Pekan.
e. Sebagai Dealer anda juga adalah Service Center komputer eBook di kawasan anda. Oleh itu, Dealer perlu ada Premis/Kedai untuk tujuan menservis klien eBook anda.
f. Perlantikan Dealer bagi sesuatu Bandar/Pekan adalah bergantung kepada “siapa cepat dia dapat”.
g. Produk eBook Classmate PC TC-09 akan dibekalkan pada HARGA DEALER. Nilai harga akan diberitahu kemudian.
h. Belian daripada Nova Technologies adalah secara Tunai / Cek.
i. Dealer TIDAK BOLEH menjual eBook Classmate PC TC-09 pada harga yang lebih RENDAH daripada harga pasaran yang ditetapkan oleh NOVA Technologies. Walau bagaimanapun Dealer BOLEH menjual pada harga LEBIH TINGGI daripada harga yang ditetapkan oleh NOVA Technologies setelah produk diberi Nilai-Tambah.
j. Dealer dikehendaki merekod maklumat eBook & klien dan menyerahkan satu salinan kepada Nova Technologies untuk Servis & Rujukan pada masa hadapan.
k. Penghantaran pesanan/tempahan akan diuruskan oleh Dealer sendiri.
l. Kos penghantaran (jika ada) akan ditanggung oleh Dealer sendiri.
m. Sebagai Dealer anda bertanggungjawab untuk memberi khidmat Servis Selepas Jualan kepada pelanggan eBook anda dalam tempoh Jaminan. Ejen disyorkan untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan klien masing-masing. Sebarang aduan oleh klien boleh diajukan kepada Ejen atau terus kepada Nova Technologies.
n. Perlantikan Dealer adalah untuk tempoh 1 Tahun dan boleh diperbaharui dengan Yuran RM50 sahaja Setahun.
o. Jika Dealer didapati TIDAK AKTIF atau TIDAK BERMINAT lagi dalam penjualan eBook, pihak syarikat berhak menamatkan perlantikan anda sebagai Ejen Dealer.
p. Ejen bertanggung jawab untuk memanjangkan aduan klien kepada pihak Nova Technologies untuk tindakan susulan.
q. Jika Dealer didapati melanggar mana-mana Terma & Syarat di atas akan diberhentikan sebagai Dealer serta merta.
r. Sebarang pindaan Terma & Syarat akan dibuat tanpa sebarang notis. Dealer dinasihatkan agar sentiasa merujuk ke Laman Web Nova Technologies untuk maklumat terkini.
s. Jika bersetuju dengan Terma & Syarat di atas, sila isi borang permohonan menjadi Ejen Dealer dan hantar kepada NOVA Technologies untuk kelulusan. Keputusan permohonan akan diberitahu dalam tempoh 2 Minggu melalui email/ telefon/surat.
t. Jika diluluskan, syarikat akan mengeluarkan surat Perlantikan Dealer.
u. Keputusan syarikat adalah muktamad.
v. Tanpa Prejudis.
Sila Klik untuk mendapatkan Borang :
1. BORANG PERMOHONAN EJEN
2. BORANG BOOKING & ORDER
Tarikh kemaskini terakhir: 25 Januari 2011
Nova Technologies