Mengenai Kami

PROFIL SYARIKAT

NOVA TECHNOLOGIES

Latar Belakang
Nova Technologies merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berteraskan Teknologi Maklumat.

Nova Technologies  telah didaftarkan pada 2 Januari 2006 sebagai syarikat perniagaan perkongsian dengan No.Pendaftaran :  JM0490172-X.

Bidang aktiviti utama Nova Technologies ialah menyediakan perkhidmatan & penyelenggaraan di dalam bidang teknologi komputer, rangkaian komputer dan pembangunan perisian seperti pembangunan laman web & aplikasi sistem maklumat.

Dengan penggunaan IT yang semakin pesat dewasa ini, Nova   Technologies percaya bahawa syarikat ini mampu menjadi salah satu peneraju dalam menyediakan perkhidmatan yang berteraskan teknologi IT di Malaysia.


Misi
Menjadi sebuah syarikat Teknologi Maklumat yang berjaya dan  dihormati melalui penyediaan penyelesaian IT yang kos efektif dan pembangunan produk yang inovatif serta perkhidmatan IT berkualiti.


Objektif
1.   Menjadi salah sebuah syarikat peneraju dalam bidang IT di negara ini khususnya di zon selatan Malaysia.

2.   Menjadi ejen pemangkin penggunaan ICT bagi rakyat Malaysia terutama  di kalangan generasi muda dan usahawan IKS/SME.

3.   Meningkatkan daya produktiviti IKS melalui penggunaan teknologi IT dan penyediaan perkhidmatan dan latihan berasaskan IT.

4.  Membina dan menjadikan syarikat sebagai sebuah syarikat IT berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) melalui penghasilan produk-produk yang inovatif berteraskan IT.


Aktiviti Perniagaan
1.   Menjalankan perkhidmatan pemasangan, membaikpulih dan servis system komputer & rangkaian komputer.
2.   Menyediakan perkhidmatan pembangunan WEB.
3.   Menyediakan perkhidmatan pembangunan Aplikasi Sistem Maklumat.
4.   Konsultan/Perunding IT dan Latihan IT.
5.   Menjalankan aktiviti R&D dalam penghasilan produk-produk berasaskan ICT.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More